Soalan
1:
Adakah
Panduan Kit Blogger yang anda jual ini adalah dalam bentuk
cetakan?
Jawapan:
Tidak.
Produk kami ini bukan buku bercetak, tetapi ia adalah Ebook
di dalam format file PDF. Selepas anda membuat bayaran, kami
akan menghantar link download untuk anda mendownload
Ebook dan item yang berkaitan ke komputer anda.
Soalan 2:
Adakah
Ebook yang dijual di laman web ini akan dihantar melalui Pos
terus ke rumah saya?
Jawapan:
Tidak.
Segala Ebook dan item yang berkaitan perlu anda download terus
di ruang download (laman web) yang akan kami berikan selepas
anda membuat bayaran. Kami tidak menyediakan penghantaran
melalui pos untuk produk di laman web ini. Ia adalah
'downloadable product', iaitu produk yang perlu anda download
dari Internet.
Soalan 3:
Siapakah
anda dan apakah yang membolehkan saya percayakan anda?
Maklumlah, di dunia Internet ini banyak sekali penipuannya.
Jawapan:
Anda
boleh mengenali diri saya dengan membaca
mengenai saya di sini.
Secara
sepintas lalu, saya adalah seorang usahawan Internet yang
dikenali ramai termasuklah oleh beberapa usahawan Internet yang
telah berjaya. Sebut sahaja nama SmartZul atau Zul
SmartUsaha, mereka akan kenal nama tersebut. InsyaAllah.
Soalan 4:
Berapakah
harga produk di laman web ini?
Jawapan:
Harga tetap
untuk Pakej Kit Blogger yang kami jual di laman web ini adalah RM50.00.
Namun, bergantung kepada keadaan tertentu, harga mungkin akan
berkurangan (seperti ada promosi) dan mungkin akan dinaikkan.
Tetapi secara asasnya, RM50.00 adalah harga asasnya.
Soalan 5:
Adakah
Pakej Kit Blogger ini benar-benar dapat membantu saya membina
blog dot com saya sendiri walaupun saya tiada pengetahuan
komputer yang tinggi?
Jawapan:
Saya tidak
dapat menjawab Ya di sini. Cuma, jika anda ada usaha dan kesungguhan,
ditambah dengan panduan kami yang langkah demi langkah ini, kami
amat yakin anda akan dapat membina blog dot com anda
sendiri.
Sekali lagi,
sehebat mana pun produk panduan kami ini, ia tidak akan berguna
jika anda tiada kemahuan untuk berjaya, tiada usaha dan tidak
mendisiplinkan diri di dalam melakukan apa yang kami tunjukkan
(panduan ini).
Apapun, ramai
pembeli Pakej Kit Blogger yang mempunyai asas komputer dan
Internet yang rendah, dapat membina blog dot com mereka sendiri.
Ini kerana, kami telah sedaya upaya menghasilkan sebuah panduan
yang mudah difahami dan langkah demi langkah.
Soalan 6:
Sebagai
pembeli, kami mempunyai hak yang tertentu. Begitu juga yang
menjual mempunyai hak yang tertentu. Pendek kata, ada
'perjanjian' antara si pembeli dan penjual. Adakah anda
menetapkan sebarang syarat atau 'perjanjian' yang tertentu?
Jawapan:
Ya, sudah tentu
ada. Kami sentiasa memikirkan hak yang sama-rata antara kami dan
pembeli. Syarat-syarat ini diwujudkan agar tidak berlaku sesuatu
perkara yang boleh memberikan kesan yang negatif atau persoalan
yang tidak sepatutnya.
Kami mahu
mereka yang ingin membeli produk kami membaca
terma dan syarat yang telah kami gariskan dahulu sebelum
mereka membeli. Kami
tidaklah mahu menjadi pihak penjual yang mahukan keuntungan
semata-mata. Sebaliknya, kami mahukan sebuah
urusniaga jual-beli yang saling redha meredhai antara satu sama
lain.
Soalan 7:
Bagaimanakah
cara untuk saya membuat bayaran?
Jawapan:
Buat masa
sekarang, kami menerima bayaran melalui satu cara sahaja iaitu
melalui bank. Anda boleh membuat bayaran dengan
memasukkan ke akaun bank seperti yang dinyatakan pada bahagian Pembelian
Pakej Kit Blogger di sini.
Anda boleh
menggunakan Online Banking seperti Maybank2u atau CIMBClicks.
Jika anda tidak mempunyai akaun bank Maybank atau CIMB, anda
boleh membuat GIRO Transfer dari mana-mana akaun bank seperti
Public Bank, RHB-Bank atau Bank Islam yang mana semua bank
tersebut mempunyai Online Banking. Sila rujuk kami dahulu
sebelum membuat GIRO Transfer.
Jika anda mahu
membuat bayaran secara Offline, anda boleh pergi ke bank dan
memasukkan bayaran (wang) ke akaun kami melalui ATM Deposit
Machine atau mengisi borang simpanan wang melalui kaunter di
bank yang berkaitan (Maybank
atau CIMB).
Sebarang
pertanyaan, anda boleh merujuk atau bertanya kepada kami dengan
menggunakan borang
pertanyaan di sini.
Soalan 8:
Apakah
yang perlu saya lakukan selepas membuat bayaran?
Jawapan:
Selepas membuat
bayaran, anda perlu mengisi Borang
Pengesahan Bayaran di sini. Ini adalah langkah yang amat
penting yang mesti anda lakukan. Jika tidak, kami tidak dapat
menguruskan pesanan dan pembelian anda.
Selepas anda
menghantar maklumat yang diminta pada borang itu kepada kami,
sila tunggu balasan Emel daripada kami yang mengandungi maklumat
link download Pakej Kit Blogger.
Soalan 9:
Berapa
lamakah masa yang perlu saya tunggu untuk mendapatkan Link
Download Pakej Kit Blogger?
Jawapan:
Berikan kami
selewat-lewatnya 48 jam untuk menghantar maklumat produk selepas
anda membuat bayaran dan menghantar maklumat melalui borang
pengesahan bayaran. Namun biasanya, kami akan membalas pesanan
dan menguruskan pembelian anda pada hari yang sama anda membeli.
Namun begitu,
jika berlaku keadaan di luar daripada keadaan yang kami tidak
jangkakan seperti berlakunya masalah akses ke Internet atau
masalah yang tertentu, maka penghantaran maklumat download
produk mungkin mengambil sedikit masa.
Jika anda tidak
menerima emel daripada kami selepas 48 jam, sila hubungi kami
melalui borang di sini.
Nota:
Pastikan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat pesanan, sila
semak juga di dalam folder spam emel yang anda gunakan. Jika
anda menggunakan emel Yahoo, sila semak di dalam folder Bulk.
Jika anda menggunakan emel Gmail, sila semak di dalam folder Spam.
Kadang-kala, emel yang kami hantar tidak terus masuk ke bahagian
Inbox.
Jika tiada juga
emel daripada kami, sila hubungi kami melalui cara yang telah
dinyatakan.
Soalan 10:
Bolehkah
saya berjumpa dengan anda secara 'face to face' sebelum membeli
produk ini atau untuk membantu saya selepas saya membeli produk
anda?
Jawapan:
Tidak
sama-sekali. Kami hanya melakukan urusniaga melalui Internet
sahaja tanpa bersemuka. Anda perlu faham bahawa, model
perniagaan kami ialah PERNIAGAAN INTERNET, bukan
perniagaan konvensional. Konsep asas Perniagaan Internet ialah
usahawan Internet tidak bersemuka dengan pelanggan untuk
melakukan sesuatu komunikasi dan urusniaga.
Anda perlu
yakin bahawa, kami adalah usahawan yang betul-betul melakukan
perniagaan dengan serius. Pastikan anda mengenali kami dahulu
sebelum membeli. Klik di sini untuk
membaca siapakah penulis Ebook Kit Blogger yang juga
merangkap sebagai usahawan Internet sepenuh masa.
Sebarang urusan
jual beli, pertanyaan dan sokongan selepas jualan (support),
semuanya akan dilakukan secara Online (melalui Internet) TANPA
bertemu secara bersemuka.
Jika anda tidak
yakin dengan kami dan dengan produk kami, maka kami hormati
ketidakyakinan anda tersebut. Kami seboleh yang mungkin telah
berusaha untuk meyakinkan bahawa kami bukan seperti
penipu-penipu Internet yang langsung tidak mendedahkan wajah
mereka, No. Telefon mereka atau menceritakan mengenai diri
mereka.
Kami adalah
benar-benar Usahawan Internet yang melakukan aktiviti perniagaan
di bawah perniagaan yang berdaftar iaitu Inspirasi Maya
Enterprise (JM0472383-X).
Dengan ulasan
dan jawapan yang ringkas tersebut, maka tiada sebab untuk
anda tidak yakin dengan kami atau untuk berurusan dengan kami.
Soalan 11:
Adakah
Pakej Kit Blogger ini juga menerangkan cara untuk mendapatkan
trafik (pelawat) ke blog yang telah siap dibina?
Jawapan:
Ya.
Melalui Panduan yang diberikan, anda bukan sahaja akan
ditunjukkan bagaimana untuk membina blog dot com anda sendiri,
malah teknik dan cara mendapatkan pelawat ke blog juga akan
diterangkan dengan bahasa dan langkah yang mudah difahami.
Melalui Pelan
Tindakan yang disediakan bersama Panduan Kit Blogger ini,
anda akan mudah melakukan satu demi satu langkah mengikut masa
dan kelapangan anda, termasuklah cara mendapatkan trafik ke blog
anda.
Soalan 12:
Saya
tidak tahu untuk menulis artikel untuk blog yang bakal dibina.
Boleh berikan pandangan?
Jawapan:
Usah khuatir
mengenai 'masalah' ini. Hakikatnya, ia bukan satu masalah kerana
banyak cara-cara yang boleh anda lakukan. Anggapan susah ini
hanya pada permulaan sahaja, tetapi apabila anda sudah mula
menulis di blog, anda akan mula mendapat 'rentak'nya.
Mungkin artikel
berikut boleh menjawab persoalan di atas:
Perancangan
Penulisan Blog
Langkah
Menulis Artikel di Blog
Tiada
Idea Untuk Menulis?
Sila Tanya
dan Hubungi Kami!
Jika anda
mempunyai sebarang persoalan yang mana tidak tersenarai di atas,
silakan bertanya kepada kami melalui borang
pertanyaan yang kami sediakan di sini.
Dapatkan
Pakej Kit Blogger
Pada Hari Ini Juga! Klik di sini.
| Home
| 7 Tips Hebat Blogging
| Pembelian |