Tools & Teknik Untuk Program Affiliate "Pakej Kit Blogger"


"Inginkan Pendapatan di Internet Dengan Cara Yang Mudah dan Percuma?"


Daripada:
Mohd Zulfadli aka SmartZul

Apa khabar agen program affiliate yang dihormati sekalian?

Anda mengambil langkah tepat untuk turut-serta di dalam peluang perniagaan affiliate ini. Satu cara 'mudah' untuk mendapat wang atau pendapatan tambahan di internet. Tidak perlu produk sendiri, tidak perlu pening kepala menguruskan pembelian, tidak perlu berjumpa pelanggan dan sebagainya. Jika anda belum mendaftarkan diri, sila berbuat demikian di http://bloggingsteps.com/kit/agen sekarang juga.

Komisen sebanyak RM25 iaitu 50% daripada harga ebook bagi satu jualan pakej ebook kit blogger merupakan satu jumlah yang agak besar juga. Bayangkan...

Dengan 10 sale melalui link affiliate anda, anda akan mendapat RM250

Jika 20 jualan, anda akan mendapat komisen sebanyak RM500

Begitu mudah membuat duit tanpa bersusah payah mempunyai produk sendiri dan menguruskan pesanan dan pembeli! Hanya perlu melakukan promosi yang berkesan sahaja.. Inilah lebihnya program affiliate.

Justeru itu, untuk mendapatkan jumlah komisen yang tinggi, maka sudah pasti anda juga mesti serius dan menggunakan teknik yang EFEKTIF! Namun usah gusar, sebagai tanda terima kasih kepada anda menjadi agen kami, maka kami menyediakan kepada anda beberapa panduan dan juga tools yang boleh digunakan di dalam kerja promosi anda. 

Satu tip awal yang PENTING adalah: mindset. Anda mesti meng-anggap produk yang anda promosikan ini adalah PRODUK ANDA SENDIRI atau sebagai satu tanggungjawab anda, baru anda akan serius.

Sila gunakan pelbagai tools atau teknik yang disediakan oleh kami untuk anda mempromosikan Pakej Ebook Kit Blogger melalui link affiliate anda. Sila download file tools.zip di bawah dan di dalamnya terdapat beberapa folder:

Klik di sini untuk download

Jenis-jenis tools atau teknik akan kami tambah dari semasa ke semasa untuk mempermudahkan lagi anda melakukan promosi dengan cara yang efektif dan berkesan. Adalah digalakkan anda mendapatkan pakej ebook ini terlebih dahulu lebih-lebih lagi jika anda seorang newbie dalam hal teknikal, kerana adalah lebih berkesan untuk promosi apabila anda sendiri telah mendapat dan membaca ebook ini. Harga terkini adalah hanya RM45. Komisen RM15 akan dibayar mengikut kaedah yang dinyatakan pada laman web sistem affiliate.

Makluman:

Membeli ebook ini melalui link affiliate anda sendiri tidak dibenarkan. Mohon kerjasama semua. TQ.

Berikut adalah beberapa teknik yang tidak disentuh di dalam file yang anda download:

1. Bina laman web khusus untuk produk ini

Jika anda serius membuat duit melalui program affiliate ini, salah satu caranya membina sebuah laman web samada dengan domain dot com atau menggunakan subdomain. Sila hubungi kami untuk kami berikan file laman web khusus untuk anda gunakan.

Melalui cara ini, anda hanya perlu meletakkan link affiliate sahaja pada laman web anda. Atau boleh juga hanya meletakkan kod 'hide link' yang boleh anda dapatkan di dalam file yang anda download.

Hasil bagi cara 1 ini adalah:

domain.com anda ---> ke laman web produk

2. Blogger sedia-ada

Jika anda seorang blogger sedia-ada dan mempunyai trafik yang tinggi, serta blog anda berkaitan dengan teknologi, perisian, perniagaan internet dan perniagaan, maka amat sesuai untuk anda melakukan review bagi pakej ebook ini. Sila rujuk laman web sales letter produk untuk melihat apakah ciri-ciri pakej ebook ini dan ceritakan 'kebaikan' produk ini di blog anda.

Jika anda masih belum mempunyai blog dan modal masih di tahap yang terhad, satu tip yang efektif juga adalah dengan membina sebuah blog di blogger.com yang khusus kepada topik yang niche seperti:

1. Review perisian

2. Tips program affiliate

3. Tips mudah perniagaan internet

4. Blog mengenai peluang perniagaan

5. Perkara khusus mengenai blog

6. Blog keusahawanan

Atau apa sahaja.. Pastikan anda sentiasa kemaskini blog khas tersebut. Teknik begini lebih bekesan berbanding mempromosikan secara terus. Umpama "sambil menyelam minum air.." iaitu mempromosi bukan secara terus. Anda berikan artikel atau tulisan yang berguna di blog dan letak link affiliate di dalam tulisan anda, serta letak banner affiliate di bahagian sidebar blog.

Promosikan blog anda itu yang sudah mempunyai beberapa artikel dengan menggunakan cara-cara yang ada di laman web ini. Dan sudah semestinya, blog anda lebih sesuai di dalam bahasa melayu kerana target produk ebook ini adalah rakyat Malaysia dan mereka yang memahami bahasa melayu.

3. Short URL

Jika anda tiada domain sendiri, maka anda tidak boleh menggunakan beberapa cara seperti 'hide link' dan 'review' yang disertakan dalam file tools yang anda download. Cara alternatif adalah, gunakan khidmat short URL seperti di http://tinyurl.com untuk memendekkan termasuk 'menyembunyikan' link affiliate anda yang panjang. Masukkan link affiliate anda di text box di laman web itu dan generate satu link pendek. Gunakan link pendek itu untuk kerja promosi anda.

4. MySpace & Friendster - Social Web

Jika anda mempunyai ramai kawan-kawan di akaun myspace atau friendster, maka lakukan review (ulasan) di blog akaun MySpace atau Friendster anda mengenai pakej ebook ini. Sebaik sahaja anda meng-update blog anda itu, semua kawan-kawan anda (network) akan menerima satu emel makluman yang anda ada memasukkan satu tulisan baru di blog. Anda akan tahu apa yang saya katakan ini jika anda aktif di friendster. :) 

Ingat, jangan MEMPROMOSI, tetapi lebih kepada bentuk BERCERITA akan kelebihan Pakej Ebook Kit Blogger ini. Juga jangan menghantar mesej promosi kepada mana-mana ahli friendster yang tidak mengenali anda!

Anda boleh juga masukkan banner atau link affiliate di bahagian akaun MySpace anda atau letak di mana-mana bahagian blog anda. Anda juga boleh menggunakan ruang iklan classified yang disediakan oleh friendster.

Tahukah anda, ramai yang 'membuat duit' melalui cara promosi sebegini. Ia bukan teknik SPAM kerana anda hanya 'mempromosikan' kepada orang-orang yang anda kenal sahaja (yang ada di dalam network anda) atau melalui cara yang dibenarkan.

5. Signature di Forum

Ramai yang abaikan cara ini. Gunakan ayat yang cathy dan menarik untuk diletakkan di bahagian signature forum anda. Contohnya seperti berikut:

:: Pakej Kit Blogger : Bina Blog Wordpress Sendiri Dengan Langkah Mudah! Klik di sini.

atau..

:: Panduan Bina Blog Wordpress Langkah demi Langkah! Klik di sini.

atau apa sahaja yang boleh membuatkan orang mahu klik ayat signature anda. JANGAN hanya letak link affiliate anda sahaja kerana ia kurang berkesan. Pastikan pada bahagian klik di sini atau di mana-mana bahagian ayat anda letak link affiliate anda.

Anda mungkin salah seorang yang aktif di mana-mana forum, maka ambil-lah peluang ini untuk menjana pendapatan sampingan. Lebih efektif jika anda sertai forum atau ruang yang berkaitan dengan perniagaan, perisian, komputer dan lain-lain. Contoh forum terbesar di Malaysia adalah seperti http://wangcyber.com/forum, http://www.cari.com.my/forum, http://www.putera.com, http://www.ukhwah.com, http://bicarajutawan.com/forum dan http://www.melayu.com. Cara mencari forum amat mudah, taip "forum + katakunci topik" di enjin carian. Contohnya: forum + perisian

Berforumlah dengan PENUH ETIKA dan jangan melakukan SPAM dan promosi secara terus. Kenali dahulu ahli-ahli forum sedia-ada dan kenalkan diri anda juga. Lebihkan membantu persoalan-persoalan ahli forum iaitu memberikan contribution, ia akan menunjukkan akan komitmen anda di dalam berforum. Letakkan signature seperti yang dijelaskan di atas agar ahli forum lain klik pada link affiliate anda.

6. Status di Yahoo Messenger

Jika anda kerap menggunakan Yahoo Messenger, maka ambil peluang dengan meletak link affiliate pada status YM anda. Caranya, masukkan ayat seperti berikut:

"Belajar Bina Blog Sendiri " http://www.bloggingsteps.com/kit/index.php?ref=username

Secara automatik, hanya ayat "Belajar Bina Blog Sendiri" sahaja yang akan muncul pada status YM anda pada YM kawan-kawan anda. Mereka yang tertarik pada status tersebut akan klik dan dibawa masuk ke laman web jualan ebook.

*Ganti perkataan username kepada username affiliate anda.

7. Ruang Iklan Classified Percuma

Walaupun cara ini kurang berkesan, namun langkah efektif untuk gunakan cara ini adalah masukkan iklan pada kategori yang sesuai! Jangan sama-sekali letak pada kategori yang tidak berkaitan. Dapatkan ruang iklan klasifaid percuma dengan menaip "iklan percuma" pada enjin carian seperti google.com.

8. Iklan Banner

Beli ruang banner untuk tempoh tertentu di mana-mana laman web yang berkaitan dengan produk ebook ini. Tidak digalakkan meletak iklan banner di forum atau portal masakan kerana ebook ini berkaitan dengan perisian, internet, laman web, perniagaan dan seumpama dengannya.

Satu tips, letak iklan banner di laman web yang mempunyai trafik (pelawat) yang tinggi. Sila download dan baca laporan khas mengenai "Pengiklanan Banner Efektif" di sini.

Jika imej banner yang anda perlukan tidak disediakan oleh kami, sila beritahu saiz banner yang anda kehendaki dan kami akan buatkan untuk anda. Namun jika anda mampu, anda boleh bina sendiri imej banner tersebut.

Itulah beberapa teknik yang efektif  dan kami akan menambah lagi tools atau teknik mempromosikan link affiliate anda dengan berkesan. 

Pengalaman saya di dalam membuat perhatian kepada corak dan style program affiliate adalah, SIAPA YANG KERJA KUAT, merekalah yang akan mendapat banyak komisen. Bermaksud, agen yang melakukan aktiviti promosi dan pemasaran yang EFEKTIF secara berterusan (jangan spam!) akan mendapat komisen yang lebih besar daripada mereka yang tidak kuat berusaha.

Akhir kata, JANGAN SPAM! :)

 

Ikhlas,
Mohd Zulfadli - SmartZul
http://www.smartusaha.com
"ur ebiz partner!"

PS. Kami amat tegas dengan SPAM. Akaun anda akan ditamatkan serta-merta jika kami dapati anda melakukan spam. Kami boleh mengesan kegiatan promosi yang anda lakukan. :) Beware!

 

Bloggingsteps.com © 2006-08 Panduan Blog dot Com